Jumaat, 25 September 2015



 Biar Betul Suamiku Pilot?





BIAR BETUL, SUAMIKU PILOT ??!
“Fatih, aku rasa dah bersedia la nak berumah tangga. Tapi, aku mana ada calon. Kau tolong carikan sorang boleh?”, suasana petang yang sejuk itu dipanaskan oleh soalan Rifqi.
“Kau biar betul? Okay, nanti aku tolong carikan. Taste kau yang macam mana?”, Fatih tersenyum sehingga ke telinga. Mana tak gembira, akhirnya kawannya yang juga merangkap adik angkatnya dah ada keinginan untuk berumah tangga. Ye la, umur lagi dua tahun dah nak masuk 30 tahun. Antertu gitu. Antertu? Ala, anak teruna tua laa.
“Kau macam baru kenal aku sehari dua la, Fatih! Rupa aku okay ja. Asalkan, ada agama, keturunan elok. Pendek kata, yang mana kau rasa okay, aku okay je. InsyaAllah la. Tapi, kau janji dengan aku. Boleh?”, terang si Rifqi lagi.
“InsyaAllah. Janji jangan bagitau pekerjaan sebenar kau kan, Rif? Kau dah pernah pesan dah! Hahaha. Jangan risau la”, terbahak – bahak Fatih ketawa. Mana taknya, dah lali sangat dengan pesanan si Rifqi tu.
Muhammad Aisy Rifqi. Bekerja sebagai seorang juruterbang bagi syarikat penerbangan tersohor di Malaysia, Malaysia Airline System. Menetap di Subang, Selangor. Berasal dari Kangar, Perlis. Anak kedua dari tiga adik beradik. Ayahnya, Encik Abdul Hakim merupakan seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah menengah di negeri Perlis, bagi menyara kehidupan mereka anak beranak. Ibunya, Puan Hasnah pula merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Kakaknya, Puan Aisyah Rania sudah berumah tangga dan kini mengikut suaminya tinggal di negeri Kpop, South Korea. Adiknya, Anis Ruqayyah masih lagi menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perak dalam kursus Diploma In Science.
*******
Rifqi memandu keretanya menuju ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) bagi menjemput kakaknya sekeluarga yang sedang dalam perjalanan pulang ke Malaysia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sedang dalam perjalanan, telefon bimbitnya berbunyi. Jadikan malamku lebih indah, jadikan siangku lebih terang, biarkan bungaku mewangi, selamanya. Jarinya pantas menekan punat di handsfree.
“Hello. Assalamuaikum. Rif, kau on duty ke harini?”, soal suara di dalam telefon.
“Waalaikumsalam. Tak la Fatih. Raya kelima nanti, err dua minggu lagi baru aku on duty. Haha. Aku on the way nak ke KLIA, kakak aku balik raya sini wei,” jawab Rifqi sambil tergelak
.
Matanya difokuskan ke hadapan. Jalan raya agak sibuk. Biasa la, kalau ada jalan, tentu ada kenderaan. Mini Cooper kesayangannya melongsor laju melawan hujan renyai pada pagi itu.
Setelah kereta diparkir di tempat yang sepatutnya, Rifqi berjalan lalu menunggu kakaknya di balai ketibaan. Tidak dilupakan, dia mencapai spek mata hitamnya lala dipakai. Ya, ini penting bagi mengelakkan rakan – rakannya mengenali dia. I want some privacy, gitu.
“Hmm, maybe flight delayed kot. Hujan. Problems maybe”, Rifqi bermonolog.
Sejam berlalu.
“Hello. Assalamualaikum. Dik Aisy, kak dah sampai ni. Aisy kat mana?”, tanya si kakak.
“Waalaikumsalam. Kak, Aisy kat depan ni haa. Kak straight ja. Aisy tunggu sini je la. Perut tak berapa sihat, gastric”, Rifqi memberi hint kepada kakaknya. Ya, Aisy dah pun nampak kakaknya dari jauh. Tu yang dia main bagi arahan je suruh kakak dia straight je.
Kelihatan dari jauh, kakaknya sedang menolak stroller si Baby Darwish. Abang iparnya sedang menolak troli beg. Kalau mengikut kata hati, hendak saja dia berlari mendapatkan kakaknya sekeluarga. Rindu. Tapi, gastric yang menyerang perutnya itu seketika tadi memang menyakitkan. Nak berjalan pun susah.
“Aisy. Pucatnya muka. Jom la abang drive balik rumah Aisy”, kata Adam sebaik sahaja sampai di sisi adik iparnya. Isterinya sibuk menguruskan baby mereka yang sedang baru terjaga dari tidur.
“Aisy okay je bang. Tapi kalau abang nak drive, lagi okay. Sebab, Aisy tak larat la. Sakit”, kedengaran lemah saja suara Rifqi bercakap.
“Tu la Aisy! Entah sahur ke tak pagi tadi. Kat rumah dulu pun selalu sangat skip sahur. Kan kakak dok cakap, sahur tu penting. Tapi, telinga tu tinggal kat Perlis agaknya. Hmm, lagi satu. Kalau ada isteri, at least boleh la tolong masak, tolong teman makan tu haa. Adoih la adik aku ni,” leter si Aisyah Rania sambil tangannya laju memulas telinga adiknya.
“Kakak ni klon mak la! Berleter sebijik macam mak! Suka tarik telinga Aisy, sebijik macam mak! Kesian la kat Aisy ni kak. Dah la tengah sakit. Ni pun gagahkan juga kaki tekan minyak dan brek nak mai jemput kak,” rajuk Aisy dah macam Baby Darwish.
Aisy sememangnya manja dengan kakaknya. Terlampau manja. Kalau dalam seminggu tak bervideo chat dengan kakaknya, memang dia tak boleh duduk. Rasa macam hilang sesuatu.
Adam hanya tersenyum melihat keletah adik iparnya dan isteri. Hubungan adik beradik yang sangat rapat. Memang, dalam seminggu kalau tak Skype, video call kat Facebook dan WeChat, memang tak sah. Baik yang di Korea maupun yang terbang merata alam tu, mesti kena bersua muka jua, kalau tak muka macam telan lemon sebiji. Masam.
******
“Mak! Langsir baru mak letak mana? Aisy dengan Abang Adam nak tolong ni,” laung Rifqi dari dalam ruang tamu. Entah ke mana maknya menghilang.
“Abang! Nah. Mak mana ada. Ikut abah ke pasar. Pergi beli daging apa semua. Abang Adam, Baby Darwish kat mana?,” adiknya, Anis juga yang muncul sambil membawa bersama langsir.
“Dok tidur dalam bilik tu. Adik, mai tolong kakak jahit manik kat baju raya kita. Sempat la siap dua pasang. Malam ni kita sambung,” Aisyah Rania pula yang menyampuk.
InsyaAllah, lusa raya. Patut la masing – masing busy sangat.
Dengan tak relanya, Anis menghampiri kakaknya lalu mencapai jubah kepunyaannya. Semua jubah berwarna emerald green itu ditenung. Plain.
“Kakak! Adik takmau jahit manik la. Jubah ni plain, pakai dengan half moon bunga kecil kecil yang adik ada tu masuk kan? Tak payah membazir tenaga. Adik tak suka la bling bling,” Anis bersuara.
Kelihatan kakaknya, Aisyah Rania mula menarik muka. Penat je dia paksa suaminya drive ke pekan petang semalam, nak beli manic untuk baju adik tersayang punya pasal.
Because I’m happy
Clap along if you feel like a room without a roof
Because i’m happy
Clap along if you feel like happiness is the truth
Because i’m happy
Clap along if you know what happiness is to you
Because i’m happy
Clap along if you feel like that’s what you wanna do
Tiba – tiba, Iphone 6 milik Rifqi berbunyi nyaring mendendangkan lagu Happy yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Pharrell Williams.
Dengan pantas, jari telunjuk Rifqi menggelongsor di atas skrin setelah pemanggil dikenal pasti. Siapa lagi? Fatih la.
“Assalamualaikum ya habibi ya maulana. Ada apa call aku nih?,” soal Rifqi memulakan perbualan.
“Waalaikumussalam ya sodiqi. Haha. Speaking Arabic pulak kita. Rindu zaman sekolah agama dulu ke, bro? Haha. Ni aku bagitau, raya kedua aku balik Perlis, rumah mertua aku, bro. Jemput mai rumah aku bro, petang raya kedua tu. Bawa family sama”, Fatih meneruskan perbualan mereka.
****
Pagi 1 Syawal.
“Adik, bangun! Solat subuh berjemaah. Cepat. Lambat nanti abang siram dengan air Sunquick,” arah Rifqi sambil tangan ligat mengetuk pintu bilik adiknya. Mana taknya, jam dah menunjukkan pukul 5.15 pagi, orang lain dah bangun, tapi anak dara seorang tu belum nampak muka.
“Okay. I’m coming, brader,” jawab si adik sambil keluar dari bilik.
Subuh pagi itu, mereka berjemaah bersama. Diimamkan oleh Rifqi. Setelah siap solat subuh dan berdoa, kelihatan Anis merangkak lalu memanjat sofa dan memejamkan mata di tepi Baby Darwish.
“Mak! Tengok minah tu! Sempat lagi dia lelap,” Aisyah Rania sudah mula geram. Baru bangun dah tidur semula.
“Biarlah. Semalam dia tolong jahit manic baju mak, lepas kakak masuk bilik, Darwish menangis. Entah pukul berapa dia tidur,” si mak backing si Anis pula.
Aisyah Rania pantas bangun. Tangannya memegang sehelai selimut lalu diselimutkan adik serta anaknya.
“Mak, abah, abang, Aisy. Jom kita ke dapur. Nak rebus semula ketupat semalam. Baby Darwish tu, tinggal je la kat Achunya,” ajak Aisyah sambil kakinya dah diarahkan ke dapur.
Peti sejuk dibuka. Ketupat yang sudah direbus semalam diambil lalu dikukus buat sementara waktu, untuk mengeraskan sikit tekstur pulut. Rendang daging dan ayam pula dipanaskan di atas dapur. Rifqi pula termenung di atas meja. Menanti abang dan ayahnya mengopek buluh lemang.
“Aisy. Tolong ambil pinggan mangkuk dalam almari kat ruang tamu tu. Semalam adik dah cuci rasanya. Tapi dia letakkan balik, sebab takut bercampur dengan pinggan lama,” pinta si mak.
“Kakak. Taun ni ada kan duit raya untuk Aisy? Aisy kan belum berkahwin? Hehe”, tanya si Rifqi ditujukan kepada Aisyah Rania yang sedang sibuk menyusun bekas kuih raya ke dalam dulang.
“Bagi. Tapi separuh dari adik punya. Amacam?”, balas si abang ipar, Adam.
“Entah! Dah tua bangka, lagi beberapa tahun ja umur nak cecah 30 tahun, ada hati lagi minta duit raya. Kakak bagi ¼ dari adik punya. Kira abang Aisy tu lagi baik, bagi ½ dari adik punya,” perli si kakak sambil tersenyum nakal. Hahaha, rasakan. Orang suruh kahwin, taknak. Kan aku dah perli.
“Eh, Aisy! Pergi kejutkan adik. Kita sarapan sama – sama. Angkat Darwish tu sama, bawak mai sini,” si ayah a.k.a KING bersuara.
“Adik. Bangun. Jom turun bawah. Breakfast. Cepat. Abang nak ambil Darwish ni,” separuh jerit Rifqi apabila terpaksa kejutkan adiknya yang memang tidur mati.
Aisy mengendong anak saudaranya sambil menuruni tangga. Kelihatan adiknya, terhuyung – hayang berjalan tanpa membuka mata.
Tiba – tiba, gedebuk gedebuk gedebuk adui sakitnya. Bunyi apa tu?
Semua berpaling memangdang ke arah tangga sambil ketawa.
“Tu la. Lain kali jalan, open your eyes widely! Ni dak, tutup rapat. Hahahaha,” marah si kakak, sambil terus ketawa.
***
“Mak, kakak! Tunggu adik jap! Jangan la pegi masjid lagi. Adik tak jumpa stoking la,” laung Anis dari dalam bilik.
“Mak dengan kakak dah pegi pun. Cepat! Abang tunggu. 3 minit ja masa penalty,” laung Rifqi semula sambil tergeleng – geleng kepala. Mana taknya, adiknya begitu lambat, habis semua dah ke masjid. Ala, masjid hanya terletak sekitar 100m je dari rumah mereka. Sabar saja.
“Abang, kunci pintu. Adik nak pakai kasut jap,” arah si adik. Amboi, berani dia arah si abang.
“Cepat la naik moto ni. Dah la lambat. Ya Rabbi,”marah si Rifqi.
Tatkala motosikal Yamaha LC berwarna merah itu tiba di pintu pagar utama masjid, semua mata tertumpu kea rah mereka.
“Eh, tu bukan anak cikgu Hakim ke? Bawa anak dara mana tu?,” tanya si Mak Jenab.
“Ek ehh engkau! Pagi raya ni. Bawa bertaubat la jadi busybody ni. Budak perempuan tu adiknya. Anak cikgu Hakim yang bongsu. Tu la, lain kali mulut tu, jaga sikit,” marah Mak Ngah Faridah.
Anis Ruqayyah berlari – lari anak menuju ke pintu masuk masjid bahagian perempuan. Kasutnya diambil dan disusun di rak kasut yang disediakan. Tatkala kaki mula melangkah masuk anjung masjid, senyuman di wajahnya sudah ditayang hingga ke telinga. Matanya liar mecari kedudukan kakak dan maknya.
“Anis. Tu kakak duduk hujung saf,” tegur nenek saudaranya, Tok Njang Nah.
Selesai mengucapkan terima kasih, Anis berjalan kea rah kakaknya. Alhamdulillah, pagi raya ini mereka dapat bersama – sama mendengar khutbah raya, bertajuk ‘Sambutlah Aidilfitri Dengan Sederhana’. Alhamdulillah juga, sepanjang berada di dalam masjid, Baby Darwish tidak meragam. Hanya tidur beralaskan kain lampin, Baby Darwish terbaring melihat umat Islam yang sedang menunaikan solat sunat Aidilfitri.
****
Raya kedua.
Di rumah keluarga Muhammad Ammar Fatih.
“Rif, aku ada calon untuk kau. Tapi aku tak tahu la kau okay ke tidak. Kau tunggu jap. Nak panggil Kak Ayu kau,” Fatih bangun sambil mencari isterinya.
“Rif, kak ada saudara. Anak dara, bukan janda. Cikgu tadika kampong sebelah ni, Rif. Umoq pun, baya hang ja. Amacam? Nak tengok dari jauh dulu dak?,” terang Kak Ayu.
“Yang mana, kak? Ada kat sini ka?,” tanya si Rifqi semula.
“Ada. Tu, hang tengok yang dok dukung baby tu. Tu la orang dia. Okay dak?,” kepastian diminta dari Rifqi.
“Yang pakai baju kurung warna light purple tu ka? Okay la bagi Rif. Mak abah Rif taktau la, kak. Tapi tengok gaya, macam okay ja,” jawab Rifqi malu – malu.
“Rif, aku cadangkan, Isnin nanti, sekolah buka dah tau. Kau bawak mak abah kau, kita pegi survey tengok budak tu? Amacam? Aku bawak nanti, tapi guna keta ayah kau nak? Kan kau nak sembunyi identity,” cadang si Fatih.
“Okay,” jawab si Rifqi, pendek.
****
“Ala, Fatih. Takkan Kak Aisyah tak boleh ikut? Abang Adam boleh pulak ikut? Mana adil! ,”bentak si Aisyah Rania. Mana taknya, Aisy Rifqi tu adik kandungnya. Takkan la dia tak boleh ikut, nak pegi survey bakal adik ipar sendiri?
“Sayang. Awak takyah ikut la. Satgi awak terlebih excited, terus lari pegi peluk budak tu. Tak memasai kantoi, yang oii,” Adam mula memujuk sambil memerli isterinya.
“Haa, dah la kak. Kita tunggu kat rumah dah la. Abang abang sekalian, snap gambar banyak – banyak tau. Anis pun nak tengok gak bakal kakak ipar Anis,” Anis Ruqayyah bertindak sebagai penyejuk keadaan.
“Alhamdulillah. Kak Aisyah. Proton Wira ni mana la nak muat kalau semua nak ikut, kak oii. Ni haa, marah adik kak ni. Nak sangat sembunyi identity, alih – alih kereta Pak Cik Hakim gak yang terpaksa jadi mangsa,” jawab Fatih diikuti gelak tawa semua yang berada di situ.
Fatih memandu kereta wira itu menuju ke Kampung Repoh yang terletak 5km dari rumah Rifqi dan 1km dari rumah mertuanya. Proton Wira berwarna biru langit itu diberhentikan di bawah sebatang pokok rambutan yang rendang, di tepi jalan, sekitar 50m dari tadika tempat si gadis itu bekerja.
Tatkala itu jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Masa untuk pelajar tadika itu pulang setelah dijemput ibu ayah masing – masing.
“Mak cik, pak cik. Tu la budaknya. Yang tengah berdiri depan pintu utama tadika tu,” Fatih bersuara seraya jari telunjuknya di halakan kea rah depan pintu utama tadika itu.
Kelihatan seorang gadis, berbaju kurung berbunga kecil berwarna pink lembut, berselendang berwarna biru muda sedang menemani anak – anak muridnya pulang.
“Aisy. Mak tengok okay ja budak tu. Macam ni la, kalau Aisy betul – betul berkenan, mak dengan abah pergi merisik budak tu dalam minggu ni juga. Kan abang?,” Puan Hasnah akhirnya tersenyum puas.
“Abah setuju. Adam pun tak balik Korea lagi kan? Sempat la,” nampaknya Cikgu Abdul Hakim turut bersetuju dan Adam punya hanya tersenyum sambil ibu jarinya diangkat dan menunjukkan gaya ‘terbaik’.
****
“Laa, Kak Nah. Ingat lagi dak kat Rosnah? Lama tak jumpa,” tiba – tiba ibu si bunga memulakan perbualan tak disangka – sangka.
“Rosnah! Hahaha. Tak sangka. Anak Kak Nah berkenan dengan anak Rosnah. Huhu,” kata Puan Hasnah sambil berbalas pelukan dengan Puan Rosnah.
“Laaa, Mak Cik kenal ke dengan Mak Long? Kalau camtu, lagi senang. Kita terus je la. Macam ni Mak Long, anak Mak Cik Nah, nama dia Muhammad Aisy Rifqi, berkenan dengan Dik Min lepas ternampak Dik Min kat rumah mak ayah masa rumah terbuka haritu. Jadi, ni mak abah dia nak mai merisik la,” terang si Fatih, yang bertindak sebagai perantara, panjang lebar.
“Oh. Anak Cikgu Hakim yang lelaki tu ye? Besar dah ye? Dulu masa selalu jumpa, kecil lagi. Hahaha,” Encik Ismail memulakan perbualan.
“Ye la, Ismail. Anak bujang saya tu la. Ni sebelah kiri saya ni, menantu saya, tapi saya anggap anak sendiri la. Suami Aisyah,” sambut Encik Abdul Hakim sambil memperkenalkan Adam.
“Ala cikgu, panggil Mail dah la. Malu pulak bila formal sangat. Hahaha. Hmm, nak tanya sikit la, anak bujang cikgu tu kerja apa?,” soal Encik Ismail. Ye la, soalan wajib. Harus juga baginya untuk mengetahui perkejaan bakal menantunya.
“Kerja potong rumput ja. Kerja dengan syarikat Berlian Wangsa tu. Kadang – kadang tu, ada la juga dia ambil upah potong rumput rumah orang, kerja area Kuala Lumpur sana,” Encik Abdul Hakim terpaksa menipu. Menipu untuk mengetahui hati bakal besan dan menantunya.
“Oh. Takpa la. Ada juga kerja. Potong rumput pun, kerja juga. Jangan kerja TLDM sudah, Tidur Lepak Dan Makan, kan? Hahaha,” Encik Ismail berpuas hati. Asalkan bakal menantunya ada pekerjaan. Jangan tau habiskan beras sudah la.
“Hmm, kalau macam tu, bila ye kita boleh ikat dua orang budak tu?,” Puan Hasnah pula kembali bersuara.
“Sebenarnya macam ni, Kak Nah, Cikgu Hakim. Kami kalau boleh nak buat sekali harung ja. Kalau tak bertunang pun takpa, nikah terus. Bukan apa, nak jimat modal. Huhu. Tapi, kalau nak buat juga acara pertunangan tu, boleh. Tapi kita buat hari yang sama dengan nikah dan kenduri. Tak renyah,” cadang Puan Rosnah dan Encik Ismail mengangguk – angguk kepalanya, mengiyakan percakapan isterinya.
“Kami pun sebenarnya ingat nak buat macam tu. Senang. Pagi tu, dalam jam 10 pagi, bertunang pastu terus nikah. Lepas nikah, terus dengan kenduri. Kenduri pula, kita buat kat dewan je la. Sewa dewan mana – mana. Buat sekali ja, sebelah lelaki dan perempuan. Okay tak?,” cadang Puan Hasnah.
Semua bersetuju.
****
“Rif, kau taknak tau ke nama bakal bini kau?,” tanya Fatih. Hairan juga. Ye la, lagi sebulan nak bergelar suami isteri, nama bakal isteri pun taktau.
“Hmm, macam malas. Tapi nama dia kan aku wajib sebut semasa akad nikah. Haih,” keluh Rifqi. Sayu. Itulah yang dirasakannya saat itu.
Pada masa itu, mereka berdua berada di sebuah hotel ternama di kota Beijing, China. Bukan melancong. Masih on duty. Cuma, esok pagi, flight untuk pulang ke Kuala Lumpur. Jadi, inilah masa bagi mereka untuk berehat sekejap. Petang nanti, dah berjanji dengan staf yang turut sama bertugas pada penerbangan itu, untuk bersama – sama keluar membeli – belah.
“Kau ni Rif. Bakal pengantin tak boleh rasa sayu. Kau nak bina masjid. Senyum sikit. By the way, nasib bini kau nanti, nama dia senang je. Airis Yasmeen binti Muhammad Ismail. Simple kan?,” pujuk Fatih. Dia tau keresahan dalam jiwa Rifqi tu. Dia kan dah pernah melalui saat bergelar bakal pengantin dan bakal suami juga.
Rifqi merenung ke luar jendela. Ralit memerhati salji – salji yang putih bersih menuruni dan memenuhi di atas dahan – dahan pokok. Sungguh indah ciptaan Allah.
“Fatih. Kau ingat tak Sofea? Ex girlfriend aku?,” tanya Rifqi. Perlahan. Nadanya penuh kesedihan, kesayuan.
“Oh. Sofea. Ingat. Pramugari comel, seksi, gedik tu? Ala, relax la bro. Dia dah retired as a cabin crew la. Dia dah move on, dah ada keluarga sendiri dah. Kau lupakan je la,” pujuk Fatih lagi. Ya, di matanya masih terbayang kelibat pramugari hot tu, bekas teman wanita Rifqi. Namun, di sudut hatinya, dia tau, Allah dah jauhkan Sofea dari Rifqi, supaya Sofea berjodoh dengan pramugara segak, Naqib Iman dan Aisy Rifqi pula insyaAllah berjodoh dengan cikgu tadika berijazah yang comel, Airis Yasmeen.
“Tak la, bro. Cuma, aku rasa malu dengan Allah. Betapa jahilnya aku, masa tu. Jatuh hati dengan perempuan macam tu. Entah la. Tapi, okay juga takdir Allah, Sofea tinggalkan aku dan terus nikah dengan Iman tu. Takde lah aku jadi suaminya. Hehe,” Rifqi meluahkan segala yang terpendam.
Sofea Natasya. Seorang pramugari yang lincah, comel, seksi. Bertukar boyfriend macam tukar baju. Tidak suka dikongkong. Berasal dari keluarga golongan atasan. Sangat tidak suka, kalau ada orang yang menegurnya berkaitan dengan aurat.
****
“Hello, assalamualaikum. Mak, rindu Aisy tak?,” tanya Rifqi. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke KLIA, tangganya pantas mengoffkan airplane mode di telefon bimbitnya. Kerinduannya terhadap ibunya sangat tebal. Entah kenapa ketika di Beijing, dia tidak menghubungi ibunya itu. WhatsApp, Telegram pun ibunya tak online. Adiknya pun sama.
“Waalaikumussalam. Mana tak rindunya. Aisy dok kat mana sekarang?,” soal si ibu.
“Aisy baru sampai KLIA. Ni on the way nak ke kereta la mak. Tak sabar nak balik rumah. Eh mak! Awat kemarin dulu, Aisy try call mak, tak dapat. Adik pun sama. WhatsApp, Telegram pun tak online?,” soal Rifqi semula sambil tangan kirinya menarik bagasinya. Orang awam memandangnya, penuh keterujaan. Kenapa ye?
“Line tak elok la, Aisy. Angin kuat sekarang ni. Mungkin tu la puncanya,” jawab ibunya ringkas.
“Patut la mak. Hahaha. Nanti Aisy balik kampong, kita tukar wifi baru la ye? Ehh, awak! Sorry, saya tak sengaja,” ketika dua beranak itu sibuk berbual, tiba – tiba terdengar suara seorang gadis.
“Hello, Aisy?,” Puan Hasnah kehairanan.
“Hello, mak. Aisy dalam kereta dah ni. Tadi tu, ada seorang budak, terlanggar luggage Aisy la. Hahaha,” Aisy kembali berbual dengan ibunya menggunakan hands-free.
****
“Aku terima nikahnya, Airis Yasmeen binti Muhammad Ismail dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai”.
“Rifqi! Handsome la hang. Wei, tak sangka hang sanggup sewa dewan sekolah lama kita, buat tempat walimah hang. Banyak memori wei,” Rifqi tiba – tiba disergah oleh rakan baiknya ketika sekolah, Naufal.
“Amboi hang! Salam tak bagi, tau tau sergah ja. Hahaha. Hmm, aku saja sewa dewan ni. Hang ingat? Atas pentas tu la tempat kita menggila, terima hadiah, terima hukuman sebab ponteng kelas tambahan. Hang ingat? Hahaha,” terburai ketawa Naufal tatkala terkenang kembali kenangan nan lalu.
“Naufal, ni kenalkan, bini aku, Airis Yasmeen. Orang Perlis gak wei,” Rifqi memperkenalkan isterinya.
“Saya, Haris Naufal. Panggil Naufal dah la. Kawan baik si Rifqi masa sekolah dulu. Sama – sama nakal. Haha. Nanti ajak Rifqi ke rumah saya kat Petaling Jaya tu,”pelawa Naufal.
****
“Awak? Ni kereta awak? Mini cooper, awak?!,” ternyata Airis agak terkejut.
Mana mungkin seseorang yang bekerja sebagai pemotong rumput mampu memiliki sebuah kereta mewah seperti ini?
“Haish! Kereta kawan abang la. Abang pakai Kancil je. Kereta meragam, tu yang kawan abang pinjamkan,” Rifqi menutup semula lubang rahsianya yang hampir terbuka.
“Haritu masa kenduri, kawan awak tu mai ka?,” tanya Airis lagi. Ingin juga mengenali rakan rapat suaminya.
“Tak. Dia pilot. On duty, tu yang dia tak mai. Takpa, nanti kat KL, abang bawa sayang jumpa dia,” Rifqi tersenyum. Serta – merta kawannya,Riz ataun nama penuhnya Iman Rizqin diheret masuk ke dalam lembah penipuannya.
****
Tiga hari kemudian.
“Awak, awat kita nak pi KL ni?,” tanya Airis ditujukan buat suami tercinta yang sedang khusyuk memandu.
“Rumah sewa abang kat sana. Lama dah tinggal. Risau juga. Tu yang ajak sayang pindah sana. Lagipun, sekarang kan musim cuti sekolah. Bulan depan rasanya, keluar la surat rasmi perpindahan sayang tu,” lembut Rifqi menerangkan kepada isterinya.
“Awak, saya nak tanya sikit ni,” Airis ingin menanyakan sesuatu terhadap suaminya.
“Apadia? Tanya je la,” jawab Rifqi tenang.
“Awak stay kat KL? Awak kerja potong rumput? Mampu ke nak sara hidup? Bukankah kos sara hidup kat KL ni mahai? Kita balik stay kat Perlis dah la,” Airis sedaya upaya memujuk suaminya untuk kembali tinggal di Perlis.
Bukan apa, dia takut pendapatan mereka berdua tidak dapat menanggung kehidupan seharian mereka berdua. Itu baru mereka berdua, kalau dah bertiga, berempat nanti macam mana pula.
“Ya Allah, sayang! Rezeki semua Allah dah tetapkan. Kita sebagai manusia, usah lah risau sangat. Lagipun, abang ada business kecik – kecik kat sana. Sayang tidur dulu lah. Lagi sejam dua kita sampai la. Nanti abang kejut,” Rifqi tersenyum saat menghabiskan ayatnya itu.
“Airis Yasmeen, sampai masa nanti, abang confirm bagitau yang abang ni pilot. InsyaAllah, abang janji,” Rifqi bermonolog.
Ditoleh kepalanya memerhati isterinya, Airis Yasmeen yang sudahpun melelapkan mata. Rifqi tahu, Airis sangat letih, semalam sibuk packing barang. Sejurus kemudian, matanya dihalakan semula menghadap jalan raya yang agak sibuk.
“Sayang. Bangun, dah sampai ni. Jom turun dulu. Barang tinggal dulu, nanti kita angkut. Bukannya banyak sangat pun barang,” Rifqi mengejutkan isterinya yang tidur nyenyak di dalam kereta.
Saat Airis melangkah kakinya keluar dari kereta, matanya terpaku melihat rumah teres dua tingkat di hadapannya. Sungguh mewah. Berada pula dalam perumahan golongan elit. Nak masuk ke perumahan itu pun, ada security guard yang menunggu.
“Ni rumah sewa awak? Mewahnya. Takut la saya nak masuk,” Airis sedikit gentar. Entah kenapa, hatinya susah nak mempercayai suaminya hanyalah seorang kuli, yang bekerja sebagai pemotong rumput, tetapi mampu menyewa sebuah rumah yang sangatlah mewah.
“Jom la masuk, sayang oi. Hahaha,” Rifqi lantas menarik tangan isterinya memasuki rumah bercat hijau lembut itu setelah pintu telah dibukanya.
Sekali lagi, Airis terpaku. Hiasan dalaman rumah ini memang sangat cantik. Modern – contemporary, sebuah tema yang bagi Airis, sangat cantik.
“Awak, toilet kat mana?,” Airis separuh menjerit ketika ingin bertanya soalan kepada suaminya. Ye la, rumah dah la dua tingkat, besar pula tu.
“Mai naik atas ni, awak,” suaminya memanggilnya lagi.
****
“Sayang, ni almari awak. Okay tak? Yang sebelah ni almari abang,” Rifqi menunjukkan sebuah almari berdinding kaca. Sangat besar untuk menempatkan pakai Airis.
“Okay ja,” ringkas jawapan Airis.
“Abang nak keluar kedai depan tu. Nak beli gula, kopi. Sayang nak kirim apa – apa ke?,” soal Rifqi.
Soalan Rifqi hanya dibalas gelengan kepala oleh Airis. Tangannya pantas memasukkan pakaiannya ke dalam almari.
Seketika kemudian, dia membuka almari suaminya, ingin memasukkan pakaian suaminya yang dibawa pulang ke Perlis haritu.
Sekali lagi, matanya terkaku memerhati pakaian di dalam almari itu. Beberapa pasang baju uniform. Tanggannya mencapai baju itu, lalu memerhati, seperti baju uniform geng juruterbang ja. Siap dengan topi bagai. Baju itu lalu disangkutkan semula sambil matanya memerhati pakaian yang lain. Amboi, semuanya pakaian yang berjenama dari luar negara. Peliknya, Aisy Rifqi ni.
****
“Awak, baca apa tu?,” Airis menegur Rifqi yang khusyuk meneliti akhbar di hadapannya.
“Ni, ada spekulasi baru la berkaitan kes MH370. Kesian saya kat keluarga penumpang dan crew. Dah la ramai kawan saya terlibat,” Rifqi terlepas cakap.
“Kawan awak?,” Airis terkejut.
“Maksud abang, kawan kepada kawan baik abang tu,Riz. Janganlah terkejut sangat. Abang kenal mereka tu sikit – sikit, sebab dulu depa selalu mai rumah ni,” Rifqi ‘cover’.
“Awak, saya nak tanya sikit,” Airis meminta kebenaran suaminya dulu. Takut juga hendak menyembur je tanya soalan.
Kelihatan Rifqi menganggukkan kepalanya.
“Semalam, saya susun baju awak dalam almari awak. Pastu kan, saya jumpa uniform beberapa pasang. Uniform pilot kan tu, siap dengan topi bagai? Baju siapa tu, awak?,” Airis bertanya lembut. Perasaan curiga terhadap suaminya agak menebal.
“La, yang tu je ke? Sayang ingat abang ni pilot, eh? Hahaha. Tu baju Riz la. Dulu, dia menyewa sini juga. Haritu dia tumpang baju dia dalam bilik abang, sebab ada saudara dia dari kampong mai tumpang tidur sini, dalam bilik dia,” Rifqi menjawab pertanyaan isterinya dengan penuh ‘kejujuran’.
“Hehe. Tak la. Mana ada,” Airis tersenyum. Hmm, boleh dipercayai.
****
“Awak, ada tak kunci bilik atas yang hujung tu,” Airis bertanya kepada suaminya, Aisy Rifqi yang sedang membasuh kereta kancil berwarna silver itu di halaman rumah mereka.
“Tak. Tu bilik Riz. Maksud abang, bilik dia simpan barang – barang kerja dia. Haritu dia tak kunci, tapi dah dia pindah rumah baru, tu yang dia kunci. Sayang nak buat apa?,” ‘cover’ Rifqi lagi.
“Nak kemas rumah. Ingat nak kemas semua bilik. Nak buka tingkap yang mana perlu. Omputih cakap, Welcome Fresh Air, to our beautiful but bucuk house. Gitu, haa,” gurau Airis sambil terkekek – kekek ketawa.
Rifqi tertawa sambil memegang perutnya. Aduh, sakitnya.
“Eh, awak. Kenapa?,” Airis berlari menuju ke arah suaminya yang perlahan – perlahan memegang tiang kerana hampir terjatuh.
“Gastrik,” balas Rifqi pendek.
“Ubat ada tak kat dalam? Kalau takdak, kita pergi klinik,” Airis bersuara penuh kerisauan.
“Ada. Awak masuk dalam bilik, ada dalam laci meja sebelah katil tu,” Rifqi bersuara penuh kesakitan.
****
Seminggu kemudian.
“Airis. Abang kena outstation dalam seminggu. Kena pergi Beijing la. Kalau sayang nak balik Perlis, naik flight dah la. Turun Penang, nanti call Anis suruh ambil,” Rifqi bersuara.
Airis merenung suaminya macam nak tembus. Wau, outstation! Pekerja yang memotong rumput pun ada outstation.
“Haaa, bukan berkenaan potong rumput. Ingat tak business kecil – kecil abang tu? Riz hantar abang pergi sana. Terpaksa la. Zaman sekarang, susah la nak percayakan orang,” ‘cover’ Rifqi lagi.
“Okay. Takpa, saya dok sini je. Cuma, nak minta kat awak la, saya nak keluar pergi KL esok atau lusa, nak beli barang perempuan. Boleh kan?,” soal Airis meminta kebenaran suaminya.
Aisy Rifqi tersenyum sambil menunjukkan jari bersimbol OK.
****
Esok pagi, sebuah kereta datang menjemput Rifqi di depan pintu pagar rumahnya. Kelihatan Riz yang memandu kereta tersebut, Mini Cooper yang pernah dipandu Rifqi ketika pulang ke KL dari Perlis dulu.
“Airis. Riz pinjam Aisy kejap eh? Haha,” gurau Iman Rizqin dari dalam kereta.
Airis hanya tersenyum. Entah kenapa, hatinya agak gusar dan mungkin sedih. Buat pertama kalinya sejak bergelar seorang isteri, dia akan ditinggalkan sendirian.
“Sayang, seminggu ja. Doakan keselamatan dan kesihatan abang tau. Take care. Ada apa – apa, call Abang Fatih or Kak Ayu, okay?,” pesan Rifqi seraya mencium dahi isterinya. Rindu. Sebak. Sedih.
Selepas kereta melepasi pondok pengawal di perumahan itu, Riz memberhentikan kereta di bahu jalan.
“Nah, kau drive aa. Mesti kau rindu Miss M kau ni. Hahaha, nak buat macam mana kan? Demi isteri tercinta,” Riz tersenyum sambil mengejek Rifqi.
“Fatih pernah cakap dengan aku, Kak Ayu dulu pun awal – awal macam Airis juga. Kena tipu dengan Fatih ada la dalam tiga bulan. Hahaha. Tapi ada tujuan yang baik ye, wak,” serentak dengan itu, Rizqi member isyarat sebelum mula memandu.
****
Tiga bulan kemudian.
“Awak, hujung bulan ni kita balik Perlis nak tak?,” soal Airis kepada suaminya, Rifqi yang sedang menonton perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014, Malaysia menentang Thailand.
Soalan Airis diberikan jawapan melalui anggukan kepala Rifqi. Matanya tetap tidak beralih daripada skrin televisyen.
“Sayang, hujung bulan nanti abang nak cuti kejap. Kan kita balik Perlis? Pastu kan, kita bawak semua mak abah abang, mama ayah sayang, dan keluarga kita ke Langkawi nak?,” cadang Rifqi setelah siaran langsung perlawanan bola berhenti sekejap.
“Saya okay je awak. Tapi, duit haa? Mana cukup,” keluh Airis. Risau, suaminya ingin bercuti, tapi duit cukup – cukup je.
“Yang tu sayang tak payah risau, duit simpanan abang ada. InsyaAllah cukup la untuk perbelanjaan kita dan mak – mak, ayah – ayah,” balas Rifqi sambil segaris senyuman terukir di bibirnya.
****
“Assalamualaikum. Mak, abah? Adik? Aisy balik ni,” jerit Rifqi di depan pintu rumahnya.
Aneh, kereta ada, pintu pagar tak kunci. Eh, sekejap! Motosikal mana ada. Sah mak abah keluar dating ni. Adik mesti berkurung dalam bilik, ye la, hujung minggu katakan.
“Sayang, tunggu depan pintu ni kejap. Abang nak pi jenguk adik, ada kot dalam bilik dia,” arah Rifqi kepada Aisy lalu berjalan kea rah tepi rumahnya.
“Adik! Assalamualaikum!,” sergah Rifqi.
“Ohh mak aihhh! Abang! Waalaikumsalam. Adik dok sidai baju ni. Ada ke patut mai sergah adik. Satgi mak balik, confirm dia bising kalau adik tak siap sidai,” marah Anis manja sambil menarik tangan kanan Rifqi untuk disalam.
“Mak abah pi mana? Moto takdak,” tanya Rifqi lagi.
“Eh abang. Jom, adik masuk ikut pintu dapur. Abang pi kat depan, satgi adik bukak pintu. By the way, mak abah pi Jitra, mak nak borong tirai baru la,” terang Anis lagi sambil kakinya berjalan menghala ke pintu dapur.
Seketika kemudian …
“Abang, kak Min, mai la masuk. Kak Min, cantik la shawl ni. Kak Min beli mana?,” terus Anis menyerbu kakak iparnya selepas melihat selendang kakaknya yang begitu cantik. Plain gitu.
“Kak Min jahit sendiri la. Kain ni, abang Aisy yang beli masa dia pi Beijing haritu,” jawab Airis lembut sambil kakinya melangkah mengikut Anis yang menarik tanggannya memasuki rumah.
Rifqi sibuk membawa beg – beg pakaian dan beberapa beg yang mengandungi cenderahati yang dibeli di Beijing, memasuki rumah terus ke bilik lamanya.
“Abang! Sampai hati tak beli kat adik! Sampai hati! Merajuk 30 minit,” jerit Anis yang berada di dapur bersama dengan Airis.
“Abang ada la beli. Tunggu la nanti abang bagi. Takkan nak pos barang tu walhal abang nak balik Perlis? Anis ni kan?! Manja!,” jerit Rifqi kembali dari dalam biliknya. Kuat dan lantang. Biar jiran sebelah rumah boleh dengar. Bukan setakat jiran sebelah rumah, tapi sekampung mampu dengar.
“Eh, kak Min. Sapa tu terjerit – jerit? Tak malu, ka? Eiii, adik malu nak mengaku dia abang adik. Kak Min malu dak nak mengaku dia tu suami Kak Min?,” bisik Anis kepada Airis sambil ketawa mengekek.
“Malu gak adik oii. Macam orang gila baru terlepas dari Tanjung Rambuuuuuutannnn,” bisik Airis pula kepada Anis. Sesaat kemudian, kedua – duanya ketawa sakan. Mengalahkan macam tengah menonton Mahaharaja Lawak Mega.
“Haaaa, tu mesti mengata kat abang kalau dua – dua dah gelak kalah tarzan,” sergah Rifqi ketika dia sudahpun melangkah ke ruangan dapur.
“Abang, harini kan, ada kenduri rumah Tok Cik Kiah. Kita pi na?,” beritahu Anis lagi.
“Okay jugak tu, adik. Kita takyah masak. Jyeahh,” kata Airis lagi sambil ketawa.
“Motor mana ada. Takkan kenduri dekat tu nak pi naik keta?,” soal Rifqi. Fikir logic. Takkan nak ke rumah kenduri yang hanya 150 meter dari rumahnya, perlu menaiki kereta?
“Jalan kaki dah la abang! Exercise. Adik tengok perut abang dah buncit sekarang. Kakakaka! Makan banyak la tu,” sesudah mengutuk abangnya, Anis sambung bergelak, diikuti oleh Airis.
“Okaylah, okaylah. Kita pi jalan kaki. Tapiiiiiii, sapa lambat kena tinggai,” ugut Rifqi lalu dengan pantasnya berlari menuju ke biliknya. Confirm Anis paling lewat. Hahahha. Macam biasa la.
****
Seminggu kemudian.
“Hmm, ni dah semua berkumpul, Aisy nak ambil kesempatan ni, nak minta maaf kat semua yang ada sini,” ucap Rifqi sambil menghela nafas. Panjang.
“Awat dengan hang ni Aisy?,” soal Encik Ismail, mertua Rifqi.
“Sebenarnya ayah, mama, Airis. Aisy bukannya kerja sebagai tukang potong rumput. Aisy tipu ja. Aisy jugak yang paksa mak abah tipu masa pi merisik dulu. Aisy jugak paksa Fatih tipu. Sebab Aisy pernah kena, perempuan yang hanya mahukan duit Aisy. Tapi, lupakan kisah lalu tu. Macam Airis pernah syak, selepas dia terjumpa uniform Aisy. Ya, memang Aisy seorang juruterbang. Maafkan Aisy,” ucap Rifqi lagi sambil air matanya mengalir membasahi pipi.
Airis Yasmeen termenung, terkaget, tekejut. Biar betul suamiku pilot?
“Takpa la, Aisy. Mak Aisy dah cerita kat mama. Tapi, dia mintak kami semua rahsiakan dari Airis. Maafkan mama dan ayah, Airis,” Puan Rosnah, ibu Airis Yasmeen mengendurkan semula keadaan yang tadinya agak tegang selepas pengakuan dibuat oleh menantunya.
****
“Sampai hati awak, kan? Tipu saya? Cakap awak kena outstation konon,” luah Airis ketika hanya mereka yang berada di tepi pantai itu, sambil menikmati angin malam.
Rifqi yang sedang duduk di atas sebuah batu di tepi pantai itu, hanya berdiam diri. Memberi peluang kepada isteri tercinta untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya.
“Entah – entah, rumah besar, kereta mewah tu pun awak punya. Tiba – tiba kaitkan Riz sebab nak tutup rahsia awak,” sambung Airis lagi.
“Sayang nak tau dak pasaipa abang nak rahsiakan?,” soal Rifqi sambil matanya merenung isterinya yang duduk membelakanginya.
“Nak tipu saya. Sebab dulu saya pernah cakap kat Kak Ayu, saya tak suka pilot,” beritahu Airis sambil menangis.
“Sayang, please don’t cry. Let me tell you a story when I was a jahil man,” pujuk Rifqi.
Kedengaran Airis tersedu – sedu menahan tangis. Sesaat dua kemudian, diam, sunyi.
Rifqi mula bercerita dengan sayunya sambil terkenangkan semula kenangan pahit beberapa tahun yang lalu, “Masa tu, abang baru sangat mula bertugas sebagai Co – Pilot. Pastu, abang berkenalan dengan seorang pramugari. Comel, cantik, lincah tapi seksi. Dalam enam bulan pastu, kami bercouple. Entah la, walaupun abang tahu couple sebelum nikah tu haram, tapi abang buat jugak. Tiga bulan lepastu, kami bertunang. Masa bercinta tu, semua okay, semua manis. Sampai la satu hari, lebih kurang setahun lepastu, ada seorang pramugara, segak, anak Dato’ mula bertugas. Nama dia Naqib Iman. Mulai hari tu, hubungan abang dengan Sofea memang teruk. Setiap hari mesti bergaduh. Sebulan lepastu, Sofea mintak putus. Putus tunang. Dia mintak abang putuskan sebab dia nak bertunang dengan orang lain, seorang lelaki yang kurang segak dari abang, tapi anak orang kaya, duit banyak. Entah la, masa tu abang terus putuskan dia dan berusaha nak lupakan dia. She’s a useless woman!”.
“Pastu, awak? Sambung la,” minta Airis. Amboi, tadi kemain dia menangis, merajuk. Sekarang, orang bagi betis dia minta paha.
“Sayang nak tau kisah sambungan?,” tanya Rifqi kembali sambil tersenyum manis.
“Nak. Eh, awak. Sofea kawin dengan Naqib apa tu, kan?” tanya Airis lagi.
“Hurm. Eh, sayang, jom balik chalet. Nyamuk banyak dok gigit kaki ni,” Rifqi bersuara sambil menarik tangan isteri tercinta, berjalan pulang menuju ke chalet mereka yang hanya terletak lebih kurang 200m dari situ.
****
Esoknya.
“Awak, I’m going to ask you, how did you fall in love with me?,” tanya Airis.
Tersenyum Rifqi mendengar soalan isterinya itu.
“Do you believe in Qada’ and Qadr and Allah’s powers?,” tanya Rifqi kembali.
“Amboi, awak! Kita tanya dia, dia balas soalan balik, ye?,” Airis agak geram. Dengan tak disangka – sangka, lokasi berbulan madu bagi mereka ialah Pulau Langkawi. Dah lama dia teringin menjejakkan kaki di Korea, Paris, London. Tapi apakan daya, baru semalam suaminya mengaku yang dia seorang juruterbang.
“Do you believe it? Answer my question, please,” Rifqi menayangkan muka tegasnya.
“Percayalah. Awatnya?,” disoalnya pulak si Rifqi lagi.
“Hmm. Before I start my story telling session, can you promise me, please called me Abang?,”
lembut bicara Rifqi sambil memegang lembut pergelangan tangan isterinya.
“Okay, I’ll try. Ab.. abang!,” termalu – malu Airis menuturkan perkataan itu.
Tersenyum Rifqi ketika itu. Sayu pula rasa.
“Then, please tell me your story please,” rayu Airis sambil menayangkan muka comel Puss In Boots.
“Sebulan sebelum jumpa sayang kat rumah Kak Ayu tu, abang ada buat solat sunat hajat dan istikharah. Minta Allah berikan abang seorang isteri, kalau boleh bukan yang materialistic,” terang Rifqi lagi.
Ternganga Airis ketika itu.
“Okay, dan sayang mesti la tau kan. Sayang la orangnya. Dan, Alhamdulillah, not a materialistic woman. Hihihi,” sambung Rifqi.
****
Setahun kemudian.
“Abang! Come here please,” laung Airis dari dalam bilik tidur.
Rifqi berlari memanjat tangga. Ya, isterinya memanggilnya.
“Yes. Why sayang?,” tanya Rifqi setelah kakinya memasuki bilik tidurnya.
“Air ketuban pecah la abang. Sakit. Jom la, hospital,” Airis bersuara sambil menahan kesakitan.
Mulut Rifqi separuh ternganga. Panik. Terkejut. Gembira. Perasaan yang bercampur baur.
*****
“Sayang. Tengok anak kita. Muka sayang la,” Rifqi pantas bersuara setelah Airis membuka matanya, tersedar dari tidur yang agak lena selepas proses bersalin.
Airis tersenyum. Anak lelaki. Muka miripnya. Namun, mata pula mewarisi mata sepet si ayah. Haha.
“Abang. Dah azankan anak kita?,” soal Airis, lembut.
“Dah. Settle semua. Petang nanti mak abah, ayah mama sampai la,” beritahu Rifqi lagi sambil tangannya mengelus lembut rambut si isteri.
“Abang, dah beritahu Abang Fatih dengan Kak Ayu dak?,” soal Airis lagi.
“Dah la. Tengahari nanti, masa melawat depa mai la. InsyaAllah,” jawab Rifqi sambil tersenyum. Seronok dan teruja melihat anaknya sendiri. Comel.
****
“Eh, Ros. Cucu kita ni muka mirip ibunya la. Tapiiii, mata ambik mata sepet si ayah. Hahaha,” Puan Hasnah bersuara sambil mencuit – cuit hidung si cucunya yang sedang dikendongnya.
“Kan, Kak Nah? Hahaha. Besaq nanti mesti comel ni. Tapi Ros harap, tak la jadi muka jambu macam mamat Korea. Haha,” seloroh Puan Rosnah.
“Hai awak berdua, budak tu cucu kami jugak,” Encik Ismail akhirnya bersuara. Bukan apa, dah lama dia dan Encik Hakim memberi peluang.
“Aisy, Min. Kamu berdua ni dah ada nama belum, nak bagi ke budak kecik ni?,” soal Encik Hakim, tenang.
“Haritu Min dengan Aisy ada la juga buat kajian sikit. Kami dua berkenan la dengan nama Muhammad Aisy Hafiz. Haaa, ni nak habaq sikit. Hehe, malu pulak. Abang la habaq,” terang Airis sebelum malu mula menjengah diri.
“Aik? Hahaha. Okay lah. Min cadang, dia kata lagi, kalau anak lelaki, dia nak letak Aisy apa dan apa. Kalau perempuan, dia jugak nak letak, Airis apa dan apa. Haha. Yang tu ja yang dia malu sangat nak habaq,” terang Rifqi sambil tertawa.
“Erm, Min. Ada maksud ka?,” soal Encik Ismail.
“Eh abang ni. Takkan la Aisy dengan Min nak letak nama buruk kat anak depa,” marah manja si Puan Rosnah.
“Haha. Mama, ayah. Sudah la gaduh. Tengok mak, abah. Sweet ja,” Airis menenangkan kembali keadaan.
“Macamni. Muhammad tu kan bermaksud yang terpuji. Aisy tu pulak bermaksud kemakmuran hidup. Dan, Hafiz membawa maksud penjaga ataupun pelindung. Sedap tak?,” terang Airis panjang lebar.
“Nama panjang – panjang tu, kita nak panggil apa?,” soal Puan Hasnah lagi.
“Min dengan Aisy ingat nak panggil Hafiz. Muhammad pun okay. Cuma, jangan panggil Aisy sudah. Nanti Aisy senior jealous. Hahahah,” Rifqi pula bersuara.
“Hafiz. Ni tok mak, tu tok mama. Yang ni pula tok abah. Yang tu pula tok ayah. Ingat tau, Hafiz,” terang Puan Hasnah lagi sambil jarinya menuding ke sana – sini seolah – olah sedang menunjukkan sesuatu kepada cucunya itu.
***
4 tahun kemudian.
“Papa. Abang nak buku tu,” pinta Aisy Hafiz.
“Abang reti baca buku ke? Cepat baca depan Papa,” suruh si mama.
“Papa Hafiz handsome. Mama Hafiz cantik. Tapi, Hafiz lagi handsome. Adik Nia lagi comel,” Aisy Hafiz bersuara sebelum berlari menuju ke arah adik perempunanya yang baru berumur setahun setengah itu.
Tergelak Rifqi dan Airis. Anak siapa la tu. Puji mak ayah. Lepas tu, puji diri sendiri sampai melambung. Hahaha.
Nia atau nama penuhnya Airis Zenia merupakan anak kedua kepada Aisy Rifqi dan Airis Yasmeen. Mewarisi wajah ayahnya, sangat comel, diserikan lagi dengan kehadiran lesung pipit di kedua belah pipi.
“Abang,perasan tak? Hafiz punya muka ada iras pelakon korea tu, apa nama entah, tak ingat pulak,” tegur Airis setelah puas bergelak ketawa.
“Kalau sayang pun tak ingat, abang lagi la, tak pernah tahu. Kak Rania maybe dia tahu kan? Ye la, dia dok sana. Hahaha,” gurau Rifqi lagi.
“Dulu Abang Adam cakap kat area perumahan depa tu ada keluarga pelakon famous tu,” Airis memberi hint lagi.
“Hurm. Donkey ka apa tah nama dia,” kata Rifqi lagi.
“Haaaa! Hong Ki. Lee Hong Ki. Penyanyi kumpulan FT Island tu, abang. Mana ada donkey pulak! Hahaha,” Airis tertawa, kuat sehinggakan anak – anaknya berhenti bermain dan menumpukan sepenuh perhatian kepada tawa ibu mereka.
“Abang tak kenal. Tak kisah la Jong Ki or Jong Kook pun,” sambung Rifqi lagi.
“Oiii bang. Hahahhaha! Ada beza okay. Jong Kook tu yang Running Man tu. Yang badan sado tuh. Ahahahaha,” Airis meneruskan tawanya.
“Jong Kook tu abang kenal la. Setiap minggu dengaq minah sebelah abang ni cerita,” tambah Rifqi dengan harapan tawa Airis dapat dikurangkan.
Namun, sangkaan Rifqi ternyata meleset. Semakin meningkat kekuatan gelak tawa Airis. Sehinga terhinggut – hinggut Airis dibuatnya.
“Oitt. Cukup la gelak. By the way, muka dia macam Jong Kook ka, donkey tu ka, dia anak kita. Muka macam sayang tu haa,” jawapan Rifqi ini akhirnya meredakan sikit tawa Airis.
“Mata sepet dia tu yang menyempurnakan segalanya. Tapi kan bang, Airis harap muka dia jadi melayu la. Mak ayah dia melayu, takkan tiba – tiba muka dia Korean,” akhirnya Airis dapat bersuara secara normal, tanpa ketawa.
“Kan? Abang kalau boleh takmau anak muka jambu, pucat bak kata KJ gitu. Takmau, takmau. Hahaha. Biarlah muka dia muka Melayu. Walaupun matanya sepet macam papanya,” Rifqi bersuara, serius.
Akhbar direnung tajam. Kejadian yang terjadi ketika persembahan sebuah kumpulan Kpop di Malaysia tempoh hari, merentap jantung Rifqi.
“Ya Allah, peliharalah keturunanku. Kau hadirkanlah rasa malu dalam diri keturunanku. Aku tak sanggup tengok jika keturunanku yang melakukakn sedemikian,” doa Rifqi di dalam hati.
****
“Airis Zenia, buat apa tu?,” tanya Rifqi.
Pagi itu, tatkala kakinya melangkah memasuki pintu rumah setelah hampir seminggu keluar bekerja, kelihatan anak perempuannya sedang duduk berseorangan di depan televisyen sambil tanggannya ligat menyuap mee goreng ke dalam mulut.
“Akan. Shedap,” jawab Airis Zenia.
Rifqi lantas mendukung dan mencium anaknya. Teramat rindu.
“Eh, abang. Dah sampai?,” terkejut Airis.
“Yang sayang ni kenapa? Baju separuh basah? Rambut dah macam hantu langsuir? Hahaha. Sayang buat apa?,” tanya Rifqi sambil tersenyum. Takut nak gelak, kang nanti si isteri merajuk pula.
“Amboi, nasib ada langsuir ni. Tu anak awak. Mandi sorang – sorang. Tiba – tiba, melolong. Diajaknya kita mandi sekali. Haish. Takut katak. Ya Allah,” Airis bercerita sambil tangannya mencapai luggage suaminya lalu diletakkan di tepi sofa.
“Apa? Hafiz takut katak? Hahahaha. Ikut mama dia la tu,” gurau Rifqi lagi.
“Haaa, dah dah. Nah, makan la mee goreng ni. Nia tu habis dah semangkuk. Keja makan jaa. Badan dah bulat,” leter si Airis sambil tangannya pantas mencapai pinggan lalu menceduk mee ke dalam pinggan suaminya.
“Sayang. Weekend ni kita pergi Paris, ye? Abang dah book ticket, hotel apa semua dah. Esok kita keluar shopping sikit barang – barang yang kena bawak, ye?,” beritahu Rifqi kepada Airis sambil mulutnya ‘melahap’ mee goreng kegemarannya.
Terlopong mulut Airis. Paris? Apa? Paris? Ke, Perlis? Paris la.
T A M A T